REDHA
FIRDAUS
SARAH
ADAM MAHADI
AMIR
MARZUKI
SAZALI
SELINA OOI

____________________________________________________________________________________________________

SUBSCRIBLE ME
TO CONTINUE
RECEIVE NEW POST


( your email address )

CURRENTLY POST

Marzuki
Pelajar Pekak Terima Anugerah Canselor Universiti Terbuka Malaysia
15 November 2009
  Marzuki Ong  

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ternyata pekak bukan penghalang kejayaan bagi Teh Cheang Hock yang hari ini menerima Anugerah Canselor sebagai pelajar terbaik pada konvokesyen ketujuh Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

 
 

 

Marzuki
Gadis pura-pura bisu
21 Octomber 2009
  Marzuki Ong  

Helah peniaga melariskan produk buatan China di Miri MIRI: Guna gadis muda, tetapi pura-pura bisu. Helah inilah yang digunakan peniaga untuk melariskan produk buatan China di sekitar bandar raya Miri, utara Sarawak, untuk menarik simpati orang ramai.

 
 

 

Marzuki
Keluarga lelaki pekak, lumpuh rayu bantuan
13 Octomber 2009
  Marzuki Ong  

Abdul Razak Ahmad yang dijaga ibunya, Che Intan Abdul Gani (kanan) hanya mengharapkan simpati daripada orang ramai bagi perbelanjaan harian. - UTUSAN/ismail kamadin

ALOR SETAR 7 Okt. - Seorang wanita dari Kampung Ulu, Kuala Kedah di sini merayu simpati orang ramai untuk membantu keluarganya menampung kos perbelanjaan mengurus penjagaan adiknya yang terlantar sakit sejak tiga bulan lalu.

 
 

 

 

Amir Hamidi
Dua graduan Pekak terima skrol ijazah
17 AUGUST 2009
  Amir Hamidi  


Pada kali ini majlis konvokesyen di USM, Pulau Pinang dan UKM, Bangi telah menyaksikan penyampaian ijazah sarjana muda kepada dua orang graduan Pekak. Nama mereka tidak lagi asing dalam komuniti Pekak dan pernah dianggap ikon Pekak yang paling berjaya. Mereka ialah Lee Tur Chung dan Asmak bte Hj Asaari.




 
 

 

Sazali
Diskriminasi Terhadap Pelajar Pekak : Kerajaan di hukum
17 AUGUST 2009
   


Saya telah menerima berita daripada WFD berkaitan dengan Kerajaan Flemish di Belgium yang dihukum kerana diskriminasi terhadap pelajar Pekak. Pelajar tersebut tidak dapat mengikuti sepenuhnya pembelajaran di kelas kerana kekurangan perkhidmatan jurubahasa isyarat.

 
 
< MORE >

 

Sazali
Mesyuarat Yang Hampir Tak Berjaya
05 AUGUST 2009
   


1. Pada 31 Julai 2009, saya telah hadir mewakili MFD ke Mesyuarat Kaedah Penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran yang lalu. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai Bahagian Pendidikan Khas, JPN, Pensyarah USM termasuk Guru Pakar iaitu Cikgu Teh dari FSD dan duduk di sebelah saya berkongsi jurubahasa isyarat dari MFD.

 
 

 

Redha
PC Fair kat Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru
xx AUGUST 2009
  Blog Redha  


Salam

Huh ptg ni off class huh! So, bolehlah aku rileks wat assignment ni. Oh ya, aku nak kongsikan ckit cerita pasal pc fair. Hari semalam boleh tahan ar hehe. Cuma hari kurang nasib. Sbb tak jadi beli color ink utk printer yg bernama PIXMA MP145 mahal gler! Aduh mahal la.

 
 

 

Redha
Dia telah pergi..
xx AUGUST 2009
  Blog Redha  


Tension… tension… arggh tension gler!!!

Salam huh…

Skrg assignment dah banyak bertimbun. Dah nmpak tension ni huh. So, aku merancang nak gi ambil angin utk mencari ketenangan. Gi PC FAIR kat Persada Johor! Masya-Allah, biarlah aku ni huh. Esok pagi, aku dan kawan2 akn bergerak ke sana. Mgkin 9.30-10.00 AM gi pc fair.



 
 

 

Redha
Dia telah pergi..
xx AUGUST 2009
  Blog Redha  


Salam semua..

Salam.. Innalillahiwainnailahiraaji'un... Ustaz Asri RABBANI telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 11 pagi tadi. Aku sungguh sedih apabila mendapat tahu pasal tu melalui chit chat dengan ibu aku tgahri tadi. Beliau meninggal dunia kerana serangan jantung. Amat sedih kerana kita telah kehilangan seorang vokalis nasyid yg terkenal dgn kumpulan Rabbani di Malaysia.



 
 

 

Ruey Jiuan
Amanah Saham 1 Malaysia,5 August
6 AUGUST 2009
  Ruey Jiuan  

I went to the Maybank,GreenLane at about 8 am. Initially,I was planning to go to the post office.But I want to go to Maybank to take out my money into AS1M easily so I went Maybank GreenLane.I decided to buy at Maybank instead.I was thought there must nobody or a few people to queue up.I reach there and a lot peoples to queue up for number than me!I rush to find parking then I take number.I got number 49 even..

 
 

 

Farhan Kamar
Datuk Sazali Shaari in ESPN News - KL`09
3 AUGUST 2009
  Farhan Kamar  




 
 

 

Amir Hamidi
Kajian perbandingan KTBM dan BMKT
3 AUGUST 2009
  Amir Hamidi  

 

E-mel yang diutus oleh seorang pendidik yang berjawatan pengetua telah menarik perhatian penulis. Beliau ialah Saadiah bt Ahmad, Pengetua Sekolah Kanak-kanak Pekak Selangor, Petaling Jaya.

Pandangan beliau telah disiarkan dalam ruang Debat Pembaca ini. Apa yang amat menarik ialah percanggahan antara KTBM dan BMKT yang dibongkarkan oleh beliau dalam salinan kertas kerja yang telah penulis terima baru-baru ini



 
 

 

Ruey Jiuan
Easy to make Pancakes!
3 AUGUST 2009
  Ruey Jiuan  


Just morning,I made some pancakes to prepare a breakfast by myself.I bought panjack's flour . It's very easy to make pancake.Just follow the steps below :


 
 

 

Redha
Nak balik PJB...SEM 3!!!
1 AUGUST 2009
  Blog Redha  


Salam semua..

Alhamdullillah, cuti semester yg sia2 dah nak habis ari ni. Hari besok mulalah sem 3 yg baru. Mgkin lebih cabaran yg sengit dpd sem yg lepas. Kini aku mgkin tak akn selalu post blog ni sbb nak blajar. Sepertimana sem 1 dan 2 yg lepas, aku tak banyak wat postkan blog ni. Tapi insya-Allah kalu tiada halangan akn wat post agi. Dun worry la. Blog aku blum mati ar, still idup haha. Nati sebelah ptg ni akn bergerak ke JB. Then jmpa kwn2 yg bergelar junior kat asrama.

Redha Zainal

 
 

 

Amir Hamidi
Nama KTBM kurang tepat?
31 JULY 2009
  Amir Hamidi  

 

Assalamualaikum En. Amir,

Saya telah teliti tulisan Encik Amir mengenai BIM dan KTBM dan mendapati bahawa pendapat Encik Amir tepat dan amat menarik. Saya banyak bersetuju dengan pendapat Encik Amir dan tidak salah jika saya katakan bahawa En. Amir adalah antara bilangan yang kecil orang pekak yang masuk dalam orang kumpulan cerdik pandai yang terdapat di Malaysia.

Malaysia ada ramai orang cerdik tetapi di kalangan orang pekak tidak begitu ramai. Mengapa pendapat saya sedemikian? Terutama bahasa yang digunakan oleh Encik Amir amat tinggi jika dibandingkan dengan orang pekak yang lain. Mungkin ini juga menyebabkan pencapaian akademik Encik Amir lebih tinggi. MENGAPA? Mungkin En. Amir telah boleh menguasai bahasa Malaysia/Melayu sejak awal lagi

 
 

 

Sazali
Mesyuarat Yang Berjaya.
31 JULY 2009
   


Gallaudet University meletakkan sasaran untuk menubuhkan 4 buah cawangan antarabangsa mereka di seluruh dunia menjelang 2015. Semasa mesyuarat di Pulau Pinang, USM telah menawarkan diri untuk menjadi rakan Gallaudet University.

Mesyuarat khas di MFD pada 29hb Julai 2009 adalah sangat berjaya, pihak MOHE telah menyambut baik cadangan tersebut juga MOE dan JKMM. Ahli Majlis MFD juga sebelumnya sudah meluluskan untuk menyokong cadangan kerjasama dengan Gallaudet University tersebut.

 
 

 

Sazali
Kelas Bahasa Isyarat Malaysia di Pulau Pinang
28 JULY 2009
   


Ahli Gabungan MFD iaitu PDA telah menganjurkan Kelas BIM untuk 40 orang kakitangan kerajaan dari pelbagai agensi bertempat di Tingkat 29, Bangunan Komtar. Kelas tersebut adalah dengan kerjasama SUK Negeri Pulau Pinang dan JKMNPP dan akan berlangsung dari 28 hingga 31 hb Julai 2009.

Tenaga pengajar Kelas tersebut ialah Mohd Yazid Bain, Sariah Ibrahim dan Chung Khim Cheong.

Dr. Jay Innes dan Dr. Asiah Mason juga hadir meninjau kelas tersebut pada jam 2:00 petang iaitu sesi Pengenalan BIM yang akan disampaikan oleh saya sendiri pada 28 Julai 2008.

 
 

 

Nolida
HARI OREINTASI ANGGOTA BARU HOSPITAL PUTRAJAYA (29 JULAI 2009)
29 JULY 2009
  Nolida  

 

Salam n namaste semuaa…

lama aku tak edit blog ni..bukan apa?sibuk dgn tugas-tugas aku n tanngungjawab aku sebagai isteri n ibu…hmm kali ni aku citer pasal orintasi semalam..kat tempat aku  ada staff baru..ada yg baru tawar kerja n ada yg dah sah jawatan tapi tukar hospital..seramai 44 orang t(ermasuk aku la tu..) join sama..aku dah apply JBI (jurubahasa).disebakna masalah teknikal…(atas sebab-sebab tak dapat elak..) aku pun terpaksa jugalah…mujur en.mahmod faham n suruh aku baca lip reading…(memang tak faham sepatah pun kadang-kadang faham..kadang2 tak..) dapat aturcara program. mak datukk sehari penuh ceramah…busan giler..ada 2 atau 3 tajuk best…semua pasal perubatan yg tak pernah kita tah


 
 

 

Farhan Kamar
Manchester United Asia Tour 2009!
28 JULY 2009
  Farhan Kamar  


Sungguh tak sangka betapa menariknya berada di bukit jalil tengok perlawanan bola sepak pemain terkenal, kelab Manchester United dengan Malaysia. Aku memang tak arif dengan bola sepak akan tetapi masih kenal siapa Manchester Utd ni disebabkan beberapa faktor-faktor iaitu pemain terkenal seperti Wayne Rooney. Aku pernah terlihat klip video ber-videografik yang hebat dipersembahkan oleh Rooney. Faktor lain seperti cikgu aku, cikgu Fizik. Dia adalah perempuan lah tapi yang paling pelik sekali dia ini peminat kelab Manchester Utd, dia kata ada 2 sebab jugak, ada pemain hensem, David Beckham dan Mancheter ni punya tema warna iaitu merah.. patut la dia suka merah la, warna kegemarannye! :D

Ini klip video ciptaan saya, harap berseronok! :D

 
 

 

Sazali
Mesyuarat Bersama Gallaudet University dan USM
28 JULY 2009
   



1. Saya berada di Pulau Pinang sejak hari Ahad 26 Julai kerana dijemput oleh Gallaudet University untuk bermesyuarat dengan pihak USM.

2. Gallaudet University dalam proses untuk mengembangkan sayapnya luar Amerika Syarikat. Mereka telah membuat penyelidikan berapa buah negara seperti China, Hong Kong, Vietnam dan India untuk mencari tempat yang sesuai dalam usaha untuk membuka peluang kepada orang Pekak mengikuti pengajian tinggi.

 
 

 

Redha
POLIJB - Diserang oleh wabak H1N1!!!
28 JULY 2009
  Blog Redha  


Salam again...

Politeknik Johor Bahru diperintah tutup kerana H1N1! Sah PJB ditutup selama seminggu, bermula pada 27.07.2009 hingga 02.08.2009 bagi mencegah penularan jangkitan Influenza A H1N1. Notis perintah penutupan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua aktiviti dan kelas akan dilaksana seperti biasa mulai 3.08.2009. (copy dari website PJB)


Maaf, warna gambar di atas bukan warna sebenar.
Gambar rosak hehe

 
 

 

Sitie Sarah
penularan H1N1 di IPIK dihatiku
27 JULY 2009
  Sitie Sarah  


salam + salam perpaduan again.

Announcement!!!

I'm on holiday due to the spreading of H1N1 at my college for a week started from 27th July to 31th July.

WHat?!!!
Are u kidding?
I'm not kidding ma.


 
 

 

Amir Hamidi
Mandi-manda di Sungai Congkak
27 JULY 2009
  Amir Hamidi  

Pada hujung minggu yang lepas penulis merehatkan diri daripada kesibukan dalam misi penyelidikan tesis sarjana dan berkesempatan untuk membawa keluarga penulis ke Hutan Rekreasi Sungai Congkak.

Tempat tersebut yang terletak di Hulu Langat dipilih untuk mengisi masa yang berkualiti bersama anak-anak bersandarkan dua sebab. Sebab yang pertama ialah keinginan penulis untuk menerokai dan menikmati kehijauan alam semula jadi di sungai itu yang sememangnya tidak pernah dilawati dalam diari hidup penulis


Pemandangan di Hutan Rekreasi Sungai Congkak.

 
 

 

Peter Tian
ASL (America Sign Language) Alphabet- learn your ASL ABCs
26 JULY 2009
  Peter Tian  


 
 

 

Peter Tian
BSL (British Sign Language) - A-Z: Learn the alphabet
26 JULY 2009
  Peter Tian  


 
 

 

Peter Tian
International Sign Language Rally - San Diego
26 JULY 2009
  Peter Tian  


 
 

 

Peter Tian
International Deaf and Sign Language Day inspired me!
26 JULY 2009
  Peter Tian  

>

 
 

 

Sitie Sarah
Lawatan ke SKPKSelangor, Shah Alam
25 JULY 2009
  Sitie Sarah  


Semalam (24 Julai 2009), ada satu lawatan ke SKPKS (Sekolah Pendidikan Khas Kebangsaan Selangor) terletak di Shah Alam. Lawatan ini merupakan aktiviti luaran dalam subjek Pengenalan Kepada Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Tujuannya untuk meningkatkan kefahaman bakal-bakal guru yang mengajar kanak-kanak pekak.


 
 

 

Redha
Kawan.... ucapanku khas buat kawan2
24 JULY 2009
  Blog Redha  


Salam...

Tak lama lagi semester Latihan Industri atau praktikal akan menjelang pada 27hb Julai ni. Ini bermakna semua kawan aku (dari kumpulan aku yg mengambil sijil) akan menjalani praktikal tak lama lagi. Oh sad.. sad.. sad. Sebab aku tak dapat jumpa kawan2 aku lagi. Sedihnya, aku pula akn bersambung belajar dari sem 2 kepada sem 3. Sebab dalam diploma, praktikalnya sem 4.

Sweet Memory

 
 

 

Marzuki
Bahasa Isyarat Pulau Pinang & Produk Akademi Bahasa Pendidikan Warga Pekak
16 July 2009
  Marzuki Ong  


Penulis pernah didedahkan menimba ilmu Kaedah Komunikasi Seluruh (Total Communication) di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Tanjung Jalan Hutton Pulau Pinang dari tahun 1978 hingga 1983. Bagi penulis, penggunaan BMKT (sekarang KTBM) secara tidak langsung membina kemahiran penulis. Rakan-rakan sedarjah penulis gagal dalam Peperiksaan Perrnilaian Ujian Darjah 5 (sekarang UPSR) kerana mereka tidak boleh menghafal tatabahasa dalam penggunaan KTBM. Di luar sekolah rendah, penulis berkomunikasi bahasa isyarat dialek "Sri Tanjung" dengan rakan-rakan sedarjah penulis.

 
 

 

PESIBA
AHLI GABUNGAN PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA
15 July 2009
   


PROGRAM MUTIARA HATI II .
SEK.MENENGAH.PEN.KHAS PERSEKUTUAN P.PINANG
PADA 18HB JULAI-19HB JULAI 2009, DEWAN KHIR JOHARI
Pesiba dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang turut menjayakan program tersebut yang berlangsung di dewan Khir Johari. Program tersebut telah mendapat sambutan baik daripada ibu bapa dan penjaga serta pelajar sekolah tersebut....


 
 

 

Amir Hamidi
Bahang perlawanan Malaysia dan Manchester United
21 JULY 2009
  Amir Hamidi  


Skuad Malaysia telah bertarung dan akhirnya tunduk kepada gergasi kelab Inggeris ternama, Manchester United dalam kedua-dua perlawanan persahabatan sempena program Manchester United Asia Tour 2009 baru-baru ini. Penulis turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil bersama kawan-kawan Pekak dan menyaksikan perlawanan pertama dan perlawanan ulangan.




 
 

 

Amir Hamidi
Suara baru dari blog Pekak
21 JULY 2009
  Amir Hamidi  


Penulis terpanggil untuk memperkenalkan dan mengulas tiga blog Pekak Malaysia yang terpilih pada bulan Julai ini. Blog-blog yang berikut telah membawa kelainan untuk menyuarakan pandangan mengenai isu dan berita warga Pekak.

Blog Pekak Baru

 
 

 

Sazali
Diskriminasi Masih Ujud
20 JULY 2009
   
Saya ada menerima emel dari Tuan Haji Mohd Nadzri, Presiden PESIBA (Persatuan Ibubapa dan Penjaga Anak-anak Pekak Kuala Lumpur) bertajuk Diskriminasi Masih Ujud iaitu mengenai anak Pekak yang berkelayakan tetapi tidak dapat mengikuti kursus perguruan kerana masalah umur yang melebihi syarat.
 
 

 

Ruey Jiuan
18th July,Godma went back to Houston, Texas
20 JULY 2009
  Ruey Jiuan  


Godma came to penang on 19th May. She come for my cousin's wedding on 5th July and also meet up family and relatives in Penang.


Last Saturday,Godma back to Houston at night.I went aunt's house at Jelutong around 5.30pm.After that,we went dinner at Seafood Restaurant which near Bus Terminal,Sungai Nibong around 6.30pm.We also waiting for uncle's family (4pek) to come restaurant and eat dinner together.After that, we went Penang Airport.


 
 

 

Hisham
Lapang Minda di Pantai Balok
19 JULY 2009
  Hisham  

Salam semua...
Sabtu lepas asrama sekolah aku
buat aktiviti outing
untuk bulan Julai
kali ni buat kat Pantai Balok pulak
aktiviti ni turut disertai oleh
3 orang guru pelatih
yang buat pratikal kat sekolah aku



 
 

 

Sarah
Restoran guna nama pelik..
19 JULY 2009
   
Salam to Muslim & Salam perpaduan to non-muslim.

Teringin beli raket tennis baru *monolog dalaman*. Raket berat sgt smpai buat aku penat. Lagipun pemegang dah haus@terkoyak sikit. Terlintas fikiran aku, pinjam raket kakakku. Raket ringan & perfect. Harganya mahal gler. Guess what? Hampir RM200. fuyoo.. Tahulah dia sibuk sampai tak ada masa nak main. Terus tanya kakakku, ''Nak pinjam raket tennis Kak Ya?''. Kakya berkata ''Tidak boleh, nak main gak.'' Eh? Kak Ya ada masa?? Selama ini, Kak Ya asyik sibuk berkerja je sampai balik rumah lewat malam. Maklumlah Kak Ya dh naik pangkat, Manager. Mana nak pinjam raket???

 
 

 

Amir Hamidi
KTBM dan BIM bersaudara?
19 JULY 2009
  Amir Hamidi  


Dalam politik tanahair, PAS dan Keadilan Rakyat dilahirkan sebagai serpihan daripada UMNO, salah sebuah parti politik Melayu yang terbesar di Malaysia. Kedua-kedua parti politik itu membentuk dasar ideologi yang tersendiri dan berkembang mengikut acuan masing-masing.

Hal ini diumpamakan dengan perkembangan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan BIM (Bahasa Isyarat Malaysia) dalam dunia Pekak di tanah air. BIM boleh dikatakan sebagai serpihan daripada KTBM dan kemudian dikembangkan bersesuaian dengan kebudayaan Pekak dan peningkatan kesedaran mengenai jata diri sebagai warga Pekak.


 
 

 

Al-Firdaus
Isu BIM-KTBM : Kebenaran Yang tersirat (Siri 3)
16 JULY 2009
   
Seperti yang saya katakan dalam perenggan kedua dalam siri 1, berbincang (muzakarah) lebih baik dari berdebat. Berdebat hanya menegakkan benang yang basah umpama mengatakan sesuatu yang baik adalah buruk, sesuatu yang buruk tu baik.
 
 

 

Peter Tian
huh? former prime minister Thaksin Shinawatra is know sign Language " i love you"
2008
  Adam Mahadi  


former prime minister (Thailand) Thaksin Shinawatra is know sign Language.. "i love you" he said, Malaysia protects me because they love me and you see click (News)


 
 

 

PESIBA
DISKRIMINASI MASIH UJUD
15 July 2009
   


Nik Farena Camylia, adalah remaja OKU pendengaran dan juga adalah salah seorang calon yang berkelayakkan untuk menjadi seorang pendidik. beliau telah mempunyai syarat-syarat kelayakkan akademik dan ko-kurikulum untuk memasuki Maktab Perguruan. Malangnya keputusan yang diambil olehpihak-pihak yang berkenaan menolak permohonannya atas faktor umur yang melebihi had kelayakkan telah menjejaskan peluang untuk memenuhi 

 
 

 

Hisham
KTBM @ BIM?
8 JULY 2009
  Hisham  

Salam semua...

Dah lama saya tak masuk blog ini. Sepanjang dua minggu lepas, saya sangat sibuk dengan sukan tahunan sekolah saya. Dalam sibuk-sibuk, sempat juga saya jenguk-jenguk blog kawan-kawan pekak yang lain. Tentu anda semua tertanya-tanya tentang tajuk ini. Sebagai guru pekak, saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya tentang isu orang pekak yang hangat diperkatakan dalam beberapa blog kawan-kawan pekak lain. Isu penggunaan KTBM dan BIM di sekolah-sekolah pendidikan khas pekak negara ini sudah lama diperkata dan diperdebatkan. Bagi saya, kedua-duanya sama-sama penting kepada murid-murid pekak. Saya tidak menyokong mana-mana pihak. Walaupun saya sendiri terdedah terlebih dahulu kepada BIM, bagi saya KTBM juga penting kepada murid-murid pekak.

 
 

 

Nolida
MAJLIS PENUTUP AUDIT SUrveilance MS ISO 9001.2000
7 JULY 2009
  Nolida  

Hari ini, aku jadi wakil Unit aku untuk majlis Penutup MS ISO 9001:2000.So aku pun masuk auditoriium….aku terpaksa lah…sebab timb.pengarah dh arah..ntah tak faham apa butir2 nya…maklumlah aku ni kan deaf.nasib baik ada slide show…barulah aku faham…hu..hu…time kerja pula…nak communicate kena la tulis..kadang2 aku tak faham so kene tulis juga ler…hu..hu teringat aku masa kat sekolah ddulu…kena tulis apa2 jer yg aku x faham….time kerja macam ni jugala adakah sejarah berulang…

 
 

 

Hisham
Kecergasan Asrama Bulan Jun
21 JUNE 2009
  Hisham  



murid-murid asrama bermain aktiviti baling tin..
permainan tradisional budak-budak..


balingan mesti tepat..
tak boleh laju sangat..
bola melantun pulak..


 
 

 

Hisham
Bersantai di Tasik Chini...
16 JUNE 2009
  Hisham  



Air tasik yang tenang dan mendamaikan. Nun disana, adalah Gunung Chini. Menurut legenda yang terkenal... gunung Chini adalah tempat tinggal naga yang menjaga Tasik Chini....


Buah teratai yang aku petik
boleh dimakan mentah-mentah...
ataupun goreng aje..
rasa macam kentang jer..
biji teratai yang kering..
campak jer dalam kolam (kalau ade)
boleh tumbuh sendiri

 
 

 

Nolida
Tentang Aku………..
10 JUNE 2009
  Nolida  


Aku seorang OKU cacat pendengaran, diserang demam panas umur 9 tahun…Aku belajar dI Sekolah Keb.Tanah Liat, Bukit Mertajam dan menyambung sekolah di Sekolah Menengah Convent Bukit mertajam Sampai Tingkatan 5, lulus Spm dengan Gred 1, aku sambung study kat Politeknik Johor Bahru untuk pelajar khas selama 2 tahun, n then aku berkahwin dan dikurniakan seorang baby boy yang lasak2…baru umur 5 1/2,aku kini bekerja sebagai pembantu tadbir staf tetap di hospital putrajaya, unit aset….

 
 

 

Nolida
7 JUN 2009-HAntar Anak balik kampung
9 JUNE 2009
  Nolida  


Aku baru dapat kerja…tapi dapat cuti jap sebab nak hantar anak balik bandar perda, penang….aku dah kerja ni pening la kepala nak cari baby sitter….kak sepupu aku tu ofer diri nak jaga…so sekarang cuti sekolah…diorang balik kampung,nak tak nak terpaksalah  mak aku jaga….saat berpisah dgn anak tiba jua….2 minggu mak aku jaga…masa nak naik kete nangis sakan aku….maklumlah ….tak pernah berpisah dgn buah hati aku ni….. :-(nangis la aku…wa…wa….tapi suami aku cool aje…ceh…..tak sedih langsung dia….baru  faham macam mana rasa jadi seorang ibu………


 
 

 

Benny Liew
See what I am saying
10 April 2009
  Benny Liew  


 
 

 

Benny Liew
Waiting on the World to CHANGE
19 March 2009
  Benny Liew  



 
 

 

Amir Hamidi
SPM - N Aghilan mencipta rekod baru?
15 March 2009
  Amir Hamidi  

N Aghilan merupakan pelajar Pekak berbangsa India yang berjaya memperoleh 12A, satu keputusan yang paling cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan baru-baru ini.

Sebagai ahli komuniti Pekak, penulis amat berbangga dengan kecemerlangan beliau yang jelas membuktikan bahawa pelajar Pekak boleh berjaya dalam arena akademik

 
 

 

Ruey Jiuan
Chicago Beef!
20 February 2009
  Ruey Jiuan  

This morning i saw the Hip Hop Graffiti competition form on the desk in multimedia class.I asked Jason wanna join it the competition because the form own Jason.He don't want join the competition then i take it and straight to join it.I'm interest to join any competition especially design,art,graffiti, painting,batik and related to ART & DESIGN only.I want to challenge with hearing friends or participants! ...

 
 

 

Aqlam Jafri
Solat Aidil Adha di Masjid Negara.
18 December 2008
  Aqlam Jafri  

Masjid Negara, Isnin, 8 Dis. 2008. Jam 7.30 pagi, saya, isteri dan anak saya bersama-sama pergi bersolat Aidil Adha kerana isteri saya bertugas sebagai jurubahasa isyarat dalam rakaman TV1 secara lintas langsung. Ini pertama kalinya saya bawa anak saya pergi Masjid Negara selepas dia bersunat. Kadang-kala kami bersolat Mahgrib dan Isyak di Masjid Jamek Kelana Jaya berdekatan rumah ibubapa saya.

Selepas kami bersolat Aidil Adha, kami bergegas ke bilik studio sementara


 
 

 

Adam Mahadi
About the future of publishing – Blog entry # 7
8 November 2008
  Adam Mahadi  


November 8, 2008 at 6:11 pm (Uncategorized)

7. Your personal speculation about the future of publishing

After seeing and hearing about everything related to printing industry in United States and other countries, I predicted about the future of publishing industry. USA publishing industry could be changed into the digital virtual publising industry where there would be a lot of digital publishing system for virtual network and digital newspaper. As the virtual digital publication becomes great deal for all employers and consumers, the web offset publication including newsprint for newspaper might be decreased due to the revolution of newspaper.

 
 

 

Peter Tian
Thai concert is for the Deaf and the Rest
2008
  Adam Mahadi  

 

Like many students at the Setsatian School for the Deaf, 18-year-old Supawan Klaiyana has been hearing impaired from birth and cannot listen to music.

 
 

 

MORE DEAF BLOGGER

AQLAM
NOLIDA
HISHAM
DIBBHA
MUTHU
BENNY
PETER
RUEY JIUAN

FARHAN
PESIBA




SUBSCRIBLE ME
TO CONTINUE
RECEIVE NEW POST


( your email address )

 

__________________________________________________________________________________________________________________
copyright reserved © 2009
created and design by Farhan Kamar dot Com | www.farhankamar.com